Ku Akui...
hidup itu indah...
Monday, 16 January 2012
Pintu ku Di ketuk Buat kesekian Kalinya...
Assalammualaikum...
Terlalu sukar untuk buat pilihan. Hilang tiada satu yang tinggal, kini dtg menerpa betalu-talu. Hidup tanpa memiliki kekasih hati sudah sebati dgn hidup aku. Aku buntu dalam membuat pilihan. Dalam satu masa 3 cinta itu hadir ingin memenuhi ruang dihati. Bukan bermakna aku tamak, kerana satu pun darinya pun tidak aku terima. Kerna aku tahu dua dari nya akan lebih terluka bila cintanya tidak di sambut oleh ku. Aku tidak mahu membuat pilihan sekarang. Insan yang kini semakin rapat dgn ku telah banyak memberi ku semangat. Bukan tidak ada rasa sedikit sayang, tapi dalam usia muda ku begini terlalu awal untuk aku memiliki cinta yang betul dan sebenar-benarnya jodoh aku. Prinsip ku sekarang, bercinta bukan sekadar untuk menghilang segenap kesunyian, tetapi cinta yang dimilliki itu ingin ku bawa seumur hidup ku. Cinta bagiku bukan mainan lagi.
Ucapkan kata Cinta bukan mainan kata-kata... tetapi seikhlasnya cinta Adam dan Hawa, Bukan aku ingin bermadah pujangga, tetapi inilah hakikatnya bila aku terasa sukar untuk buat pilihan dalam cinta.... Ya Tuhan ku, temukan aku dengan jodoh yang sebenar-benar jodohku untuk seumur hidupku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment