Jauhi lah hawa dengan kesedihan mu...
Beringat lah hawa, jangan letak satu harapan yang tinggi, kerana disaat kau merasa bahagia, pasti Tuhan hadirkan dugaan yang sukar utk engkau terima.
Jauhi lah hawa dengan kesedihan mu...
Kejujuran mu membukak aib mu, mungkin kerana kau terlalu menyayangi adam, namun pernah kah kau sedar adam itu akan sendiri pergi tinggalkan dirimu. Kita manusia biasa hawa, adakalanya tidak perlu sesekali kita berlaku jujur demi menyatakan keaiban. Tidak kah sedar bahawa engkau seharusnya menyimpan segala keaiban mu. Kejujuran tidak memaksa jika berlaku jujur itu menampakkan betapa rendahnya kamu.
Percayakah kau hawa, jika kau berlaku jujur adam mampu terima mu seadanya?
Mungkin dirimu menganggap berlaku jujur itu, adalah jalan terbaik untuk adam memahami situasi dirimu. Mungkin YA mungkin TIDAK.
Jauhi lah hawa dengan kesedihanmu...Hapuskanlah airmatamu...
Disaat kejujuran mu tidak dapat adam terima, fikirkan lah positif dalam hidupmu. Kau tidak mampu menjanjikan apa-apa, namun kau boleh yakin kan adam bahawa dirimu mempunyai sifat istimewa. Usapkan airmata mu hawa. Kejujuran mu telah membuka mata adam...namun tidak mampu menutup hati adam untuk terus mencampakkan mu.
Yakinlah jika izin-NYA....
kau akan peroleh insan yang akan terimamu seadanya....
kau akan peroleh insan yang akan terimamu seadanya....


No comments:
Post a Comment