Ku Akui...
hidup itu indah...
Monday, 6 February 2012
Cerpen Si Comot- Sejauh Mana Kasih Tercipta
Malam berlabuh sunyi...menutupi tirai-tirai semalam yang penuh dengan kisah silam... Memujuk hati dan meyakinkan diri bahawa masih ada insan yang mampu terima dirinya seadanya...
Andainya dapat ku ulang semula,
Waktu zaman yang bernama remaja,
Akan terpeihara segala hidupku, hanya buat mu....
Lautan mana tidak bergelombang,
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan,
Aku seperti mu ada waktu diburu,
Oleh dosa-dosa masa yang lalu.
Diriku mawar pudar warna tiada lagi yang istimewa,
Dapat dipersembahkan menjadi satu lambang sucinya percintaan.
Usah lagi dikau persoalkan kelanjuran dimasa yang silam,
Kusedia terima dirimu seadanya kita INSAN BIASA...
(Jay Jay- Kita Insan Biasa)
Kedengaran lagu yang diputarkan di dalam stesen radio, membankit rasa bersalah akan dirinya... melangut di tepi jendela seketika.
"kenapa baru sekarang aku sedar" soal Tini pada diri.
kisah yang terlalu tersimpan dalam memory membangkit dalam ingatan sejenak berlabuh malam. Lagu yang Dj putarkan begitu berkait dengan kisah silam diri Tini.
"tukkkk..tukk..." ketukan pintu bilik Tini, begitu mengejutkan Tini.
Lamunan Tini dengan kisah lampau terhenti. Airmata disapu, menghilang seluruh rasa kesedihannya. Tini cuba untuk tersenyum. Menutupi sisa-sisa kesedihan.
"kak jom makan. Semua dah tunggu dah." Lani, merupakan adik bongsu Tini yang baru lepasan SPM.
"oh, kau Lani. semua dah ada? sekejap ye. akak nak tutup tingkap sekejap."
Malam itu betul-betul melupakan Tini dengan kesedihan. Keluarga Tini begitu gembira bila sesekali berkumpul bersama. Memandangkan sudah lama adik-beradik tidak berkumpul, macam-macam kisah yang ingin dipersembahkan sehingga menitiskan airmata kerana ketawa.
-bersambung-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment