Ku Akui...

Ku Akui...
hidup itu indah...

Tuesday, 13 November 2012


(siseila90)

 Assalammualaikum... 

Dah lame x update blog kan...

Dalam sedar tak sedar dah hampir memasuki tahun 2013...

pape pun... happy owez... :)

Enjoy my video :)


Ni clip paling saya suka... tgk lah :)

Sunday, 29 July 2012

ikatan kita x kan putus....kan awak...

Besar nya keberkatan di bulan Ramadhan....dapat menyatukan dua sahabat yang dah lame terputus...
Alhamdulillah....

Thank You Allah....

Monday, 6 February 2012

Cerpen Si Comot- Sejauh Mana Kasih Tercipta


Malam berlabuh sunyi...menutupi tirai-tirai semalam yang penuh dengan kisah silam... Memujuk hati dan meyakinkan diri bahawa masih ada insan yang mampu terima dirinya seadanya...

Andainya dapat ku ulang semula,
Waktu zaman yang bernama remaja,
Akan terpeihara segala hidupku, hanya buat mu....

Lautan mana tidak bergelombang,
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan,
Aku seperti mu ada waktu diburu,
Oleh dosa-dosa masa yang lalu.

Diriku mawar pudar warna tiada lagi yang istimewa,
Dapat dipersembahkan menjadi satu lambang sucinya percintaan.

Usah lagi dikau persoalkan kelanjuran dimasa yang silam,
Kusedia terima dirimu seadanya kita INSAN BIASA...
(Jay Jay- Kita Insan Biasa)


Kedengaran lagu yang diputarkan di dalam stesen radio, membankit rasa bersalah akan dirinya... melangut di tepi jendela seketika.
"kenapa baru sekarang aku sedar" soal Tini pada diri.
kisah yang terlalu tersimpan dalam memory membangkit dalam ingatan sejenak berlabuh malam. Lagu yang Dj putarkan begitu berkait dengan kisah silam diri Tini.

"tukkkk..tukk..." ketukan pintu bilik Tini, begitu mengejutkan Tini.
Lamunan Tini dengan kisah lampau terhenti. Airmata disapu, menghilang seluruh rasa kesedihannya. Tini cuba untuk tersenyum. Menutupi sisa-sisa kesedihan.
"kak jom makan. Semua dah tunggu dah." Lani, merupakan adik bongsu Tini yang baru lepasan SPM.
"oh, kau Lani. semua dah ada? sekejap ye. akak nak tutup tingkap sekejap."
Malam itu betul-betul melupakan Tini dengan kesedihan. Keluarga Tini begitu gembira bila sesekali berkumpul bersama. Memandangkan sudah lama adik-beradik tidak berkumpul, macam-macam kisah yang ingin dipersembahkan sehingga menitiskan airmata kerana ketawa.

-bersambung-

Tuesday, 31 January 2012

Hanya kerana kejujuran....


Jauhi lah hawa dengan kesedihan mu...
Beringat lah hawa, jangan letak satu harapan yang tinggi, kerana disaat kau merasa bahagia, pasti Tuhan hadirkan dugaan yang sukar utk engkau terima.
Jauhi lah hawa dengan kesedihan mu...
Kejujuran mu membukak aib mu, mungkin kerana kau terlalu menyayangi adam, namun pernah kah kau sedar adam itu akan sendiri pergi tinggalkan dirimu. Kita manusia biasa hawa, adakalanya tidak perlu sesekali kita berlaku jujur demi menyatakan keaiban. Tidak kah sedar bahawa engkau seharusnya menyimpan segala keaiban mu. Kejujuran tidak memaksa jika berlaku jujur itu menampakkan betapa rendahnya kamu.
Percayakah kau hawa, jika kau berlaku jujur adam mampu terima mu seadanya?
Mungkin dirimu menganggap berlaku jujur itu, adalah jalan terbaik untuk adam memahami situasi dirimu. Mungkin YA mungkin TIDAK.

Jauhi lah hawa dengan kesedihanmu...Hapuskanlah airmatamu...
Disaat kejujuran mu tidak dapat adam terima, fikirkan lah positif dalam hidupmu. Kau tidak mampu menjanjikan apa-apa, namun kau boleh yakin kan adam bahawa dirimu mempunyai sifat istimewa. Usapkan airmata mu hawa. Kejujuran mu telah membuka mata adam...namun tidak mampu menutup hati adam untuk terus mencampakkan mu. 
Yakinlah jika izin-NYA....
kau akan peroleh insan yang akan terimamu seadanya....

Thursday, 19 January 2012

Royal Selangor 2011 -batch 6/009


Kenangan mase Safety Health Nursing buat lawatan di kilang pewter kat Kawasan Kuala Lumpur tapi daerah Selangor...2011









Monday, 16 January 2012

Pintu ku Di ketuk Buat kesekian Kalinya...


Assalammualaikum...

Terlalu sukar untuk buat pilihan. Hilang tiada satu yang tinggal, kini dtg menerpa betalu-talu. Hidup tanpa memiliki kekasih hati sudah sebati dgn hidup aku. Aku buntu dalam membuat pilihan. Dalam satu masa 3 cinta itu hadir ingin memenuhi ruang dihati. Bukan bermakna aku tamak, kerana satu pun darinya pun tidak aku terima. Kerna aku tahu dua dari nya akan lebih terluka bila cintanya tidak di sambut oleh ku. Aku tidak mahu membuat pilihan sekarang. Insan yang kini semakin rapat dgn ku telah banyak memberi ku semangat. Bukan tidak ada rasa sedikit sayang, tapi dalam usia muda ku begini terlalu awal untuk aku memiliki cinta yang betul dan sebenar-benarnya jodoh aku. Prinsip ku sekarang, bercinta bukan sekadar untuk menghilang segenap kesunyian, tetapi cinta yang dimilliki itu ingin ku bawa seumur hidup ku. Cinta bagiku bukan mainan lagi.

Ucapkan kata Cinta bukan mainan kata-kata... tetapi seikhlasnya cinta Adam dan Hawa, Bukan aku ingin bermadah pujangga, tetapi inilah hakikatnya bila aku terasa sukar untuk buat pilihan dalam cinta.... Ya Tuhan ku, temukan aku dengan jodoh yang sebenar-benar jodohku untuk seumur hidupku...


Tuesday, 10 January 2012

Aku Meluahkan Perasaan Dgn Melukis... aku synonim dgn seni.

Serius aku betul2 minat melukis.
Dari kecik lagi aku suka melukis...law x cayer korang tanye lah kwn2 aku yg pernah satu kelas dgn aku dulu...

Tempat first yang aku melukis, kat tanah belakang uamh aku...
awal2 pagi lagi aku dah bangun, aku mula ar cari ranting kayu nak melukis kat tanah.
sebab ape aku suka lukis kat tanah awal-awal pagi?
sebab aku suka tgh tanah tu rata, dan cantik lah law aku duk melukis kat situ...

 Sape yang bagi aku jadi suka nak melukis nih?? hahahaaa.... abang aku yg second lah.  die hebat melukis aw... first lukisan yang aku tgk die lukis mase tahun 1996. time uh aku tadika... Korang penah tgk tak burung yang dekat faber castle tuh... hah burung uh lah... cantikkk.... guna kaler air siap aw... hebat lah abang aku... :)


kalau korang nak tahu, dulu aku selalu menang pertandingan melukis mase sekolah rendah.. (sekolah menengah kureng masuk pertandingan). Aku ingat lagi Cikgu Norgaini cikgu kelas aku mase darjah 3. die ajar matematik.  Sebab die lah aku pandai matematik :)
Cikgu aku ni tahu yang aku ada bakat dalam melukis, die bawak aku ke Kuantan Perade untuk sertai pertandingan melukis aw. Aku happy aw, sebab cikgu yang garang, sanggup bawak aku sertai pertandingan kat bandar Kuantan aw. Biar pun aku kalah ( bersaing dgn anak2 cina-anak cina menang) aku tetap happy sebb cikgu bnjer mkn... segan aw waktu tu... 



Mase aku tingkatan satu, aku ada sertai pertandingan wat kain rentang... menang or kalah aku tak igt... mungkin kalah kot. sebab aku lawan dgn senior aku (ting 5) semua bab-bab lukis nih memang aku minat aw... cakap tentang berkaitan lukis, serah pada aku.
hah, amse aku ting 4, aku siap tolong lagi kawan aku yang ting 5 nak exam SPM dalam pendidikan seni aw. hahahaa... jiwa aku dalam seni mmg gred A lah... aku minat bnde2 yang kreatif aw...


Mase 2008 aku mengikuti LATIHAN KHIDMAT NEGARA plak, aku pon wat kerja amal melukis dinding sekolah tadika kat Felda Belimbing. hahaha... Kat tanah aku lukis, kertas aku lukis, kain aku lukis, kat dinding pon aku lukis...

 

 Tahun 2009 aku sambung study... duduk uamh sewa... bilik mmg cantik lah... kat dinding, aku tampal semua hasil lukisan aku  aw.
serius aku ckp lah, law korang sedih, cuba korang luahkan atas kertas lukisan. kompom tiap2 ari korang tgk, mmg jadi penawar lah...
macam-macam dugaan aku duk KL nih... gembira sedih mmg sebati dalam hidup aku... lukisan jugak tempat aku luahkan...

Dalam soal cinta lak... law aku happy sangat2 bila bersama dgn dia, aku akan lukiskan wajah die...  sampai sekarang lukisan gambr die aku tampal kat dinding bilik aku. sebagai kenangan. Biar pun aku dah xda apa2 lagi hubungan dgn dia, aku tetap sygkan karya hasil lukisan tgn aku aw..
ade satu lukisan yang aku sayang, mak aku dah terbuang dan terbakar, tu pon sebab aku pergi belajar KL. aku balik rumah tgk2 dah xde. mungkin bukan rezeki aku kot nak simpan. Now single its better than couple... happy jerr :P

2012- Aku sekarang dah menjinak2 melukis dgn software Paint dalam lappy. hahahaa... lukisan aku yang atas tu, semua aku guna lappy aw... :)